Sunday, July 11, 2010

Ubat Pengasih

aku berasal dari sebuah kampung di utara sabah. walaupun aku sudah menetap di Bandaraya Kota Kinabalu, namun aku sering pulang ke kampung berjumpa dengan datuk. nenek ku telah lama meninggal dunia. walaupun ahli keluarga ku telah memeluk agama Islam, namun datuk ku enggan memeluk agama Islam. dia seorang pagan dan masih kuat memegang kepercayaan karut. kadang-kadang ayahku risau sekiranya datuk ku meninggal dunia, agak sukar menguruskan upacara pengebumiannya kerana dia seorang pagan.

datuk ku pandai dalam membuat ubat serta sihir. dia mahir membuat ubat santau, guna-guna serta pengasih. walaupun dia jarang melakukan perbuatan menyantau, tapi aku pasti dia masih menyimpan ubat pengasih. tapi aku hairan kerana dia tidak berkahwin lagi setelah nenek ku meninggal dunia dalam usia 40 tahun. tentu dia tidak sukar mencari pengganti dengan ilmu pengasihnya. tapi dia pernah berkata kepada ku "cinta tidak boleh dipaksa Jim, atuk buat ubat ni pun untuk menyara hidup dan hanya orang yang benar-benar memerlukannya sahaja boleh menggunakannya".

aku sekarang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah. aku semakin jarang pulang ke kampung. tetapi pada suatu hari, datuk ku jatuh sakit. pada waktu itu, aku sedang bercuti. ayah ku mengajakku melawat datuk. ibu serta adik beradik ku yang lain tinggal di rumah kerana sekolah masih berjalan seperti biasa. sesampai di kampung, datuk sedang berkebun di halaman rumahnya. ayah terkejut kerana datuk sudah sembuh seperti biasa. datuk hanya tersenyum. aku berfikir, "pasti sebab ubat yang atuk buat". aku dan ayah bermalam di rumah atuk pada malam itu.

pada sebelah malam, aku diarahkan emak saudaraku untuk memanggil datuk untuk makan malam bersama. emak saudaraku tinggal bersebelahan dengan rumah datuk dan sering mengunjungi datuk untuk memsatikan kesihatannya. pada malam itu, kami semua makan bersama di rumah datuk. aku memasuki bilik datuk untuk memanggilnya,namun datuk tiada di dalam biliknya. tiba-tiba aku terlihat ada sebuah peti di bawah katil datuk. peti itu diperbuat dari tembaga dan kelihatan telah uzur. aku teringat sewaktu aku kecil dahulu, datuk pernah menunjukkan kan peti itu kepadaku. itu adalah peti untuk menyimpan ubat-ubatnya.

mula-mulanya aku takut nak membukanya kerana takut akan 'penunggu' datuk. aku tahu datuk ada membela hantu. namun, setelah aku memberanikan diri, aku pun membuka peti tersebut. banyak benda pelik ada di dalam peti tersebut. ada seikat rambut putih, beberapa gigi buaya

2 comments:

  1. Blackjack at Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
    Check out 대전광역 출장마사지 activity maps, reviews 천안 출장마사지 and 인천광역 출장안마 information for the Borgata Hotel Casino & Spa in Atlantic City, NJ. 춘천 출장안마 Borgata 경기도 출장마사지 Casino Resort - Atlantic City, NJ.

    ReplyDelete